Baru kini aku mengerti erti takdir yang sebenarnya..
Sesungguhnya, sejak azali lagi Tuhan telah menetapkan sesuatu kepada hamba-hambaNya.
Dia yang Maha Mengetahui apa yang ada di hadapan dan juga di belakang kita..
Dan sekarang apa yang berlaku kepada ku.. mengajarku menjadi lebih sabar, lebih tabah dan redha dengan Qada' dan Qadar Allah..
Ketika aku mendapat tahu berita ini.. Ya Allah, aku sangat terkejut dengannya..
Berbagai perasaan berbaur campur dalam kotak fikiran dan hatiku..
Terbayang aku wajah-wajah orang yang menaruh harapan kepadaku..
Rasa hatiku yang lemah ini tidak terdaya untuk menampung ujianNya yang diberi ini..
Rasa sedih dan patah hatiku tika ini tidak aku tunjuk atau kongsi dengan sesiapa
kerna aku takut mereka akan bersusah hati melihat keadaan aku begitu..
waktu berganti waktu.. aku cuba memujuk hatiku supaya redha.. namun, bukan mudah hatiku untuk terpujuk seperti selalunya.. hal ini bagiku amat perit untuk ditelan..
macam-macam persoalan yang berputar dalam fikiran aku..
aku berfikir segala diusahakan sebelum ini bagaikan sia-sia..
Dan aku berfikir lagi sekiranya aku dapat putarkan waktu.. aku mahu ubah apa yang telah berlaku supaya bukan begini kesudahannya..
lantas aku teringat sebuah hadith:
Dan apabila kemudian terjadi hal-hal yang tidak diingin, maka itupun sebahagian daripada ketentuan yang memang harus terjadi. Jangan pula kita berandai
Seandainya aku melakuakan begini dan begini, nescaya akan begini dan begini.
Akan tetapi katakanlah : “semua yang telah dtakdirkan dan dikehendaki Allah pasti terjadi.”
Menangisi dengan apa yang terjadi menyedarkan aku bahawa aku tidak ikhlas menerimamya.
Aku sedar siapa aku nak menafikan apa yang Allah telah takdirkan kepadaku..aku hanya manusia yang lemah dan hina disisiNya..
Ujian ini mengajar aku bahawa tiada sesiapa dapat mehalang takdir Allah S.W.T
Jika Allah hendak memberi kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.. Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur dengan apa-apa tangan sekalipun.. jika Allah urus urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Tuhan yang Maha Berkuasa..
Jika Allah mengatur kepada kita apa yang orang sangka tewas.. kita akan melihat kemenangan di sisi Allah
Orang yang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Aku seharusnya tahu disebalik suatu musibah yang ditimpa aku mesti melihat dari satu sudut yang paling terang darinya..
Ambil yang positif tinggalkan yang negatif..
Akhirnya, hari ini aku sedar untuk terus redha dan tawakal dengan ketentuan Allah.. Sabar itu yang aku praktikkan sekarang ini.. Aku percaya disebalik ujian ini terselit sebuah kemanisan dan nikmatnya..
Aku berfikir semestinya ada orang lain lagi yang lebih besar ujian yang diturunkan Allah jika hendak dibandingkan dengan aku yang baru diuji sebegini sudah berpatah hati.. Aku tidak boleh lari jika begitu takdirku.. betapa pun, kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita.
*cahayaygsatu*